fbpx

Djokovic mahu ikut jejak Graf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC memerlukan pingat emas Olimpik dan gelaran di Terbuka AS untuk meraih Grand Slam Emas seperti yang diraih Graf. – AFP

TOKYO – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic sudah bersedia untuk mengharungi saingan pembukaan di Pusat Tenis Ariake hari ini sempena temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dalam usahanya melengkapkan gelaran ‘Grand Slam Emas’.

Sebagai rekod, gelaran itu masih belum berjaya dicapai oleh mana-mana atlet tenis lelaki yang menyaksikan mereka perlu menjuarai empat kejohanan Grand Slam iaitu Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Kejuaraan Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selain pingat emas temasya Sukan Olimpik dalam tahun yang sama.

Sejarah tersebut pernah direkodkan oleh pemain tenis wanita legenda Jerman, Steffi Graf pada edisi 1988 yang menyaksikannya menang semua pengiktirafan ter­tinggi tenis antarabangsa itu.

Kata Djokovic, sudah menjadi impian mana-mana atlet untuk mendominasi saingan tenis dunia seperti yang pernah dilakukan oleh Graf tetapi itu bagaikan mustahil pada era moden ini.

“Saya sangat menghormati pencapaian Graf dalam sejarah tenis kerana apa yang dilakukannya seperti meraih Grand Slam Emas adalah sesuatu yang luar biasa dan mungkin tidak akan berulang lagi.

“Namun, selepas menjuarai tiga Grand Slam tahun ini, saya akui peluang itu ada tetapi saingan di pentas Olimpik adalah sangat berbeza,” katanya atlet kelahiran Serbia itu.

Mengulas lanjut, Djokovic mengakui agak terkilan apabila dua seteru utama, Rafael Nadal dan Roger Federer menarik diri daripada bersaing di Tokyo atas alasan peribadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI