IPOH – Polis telah mengenal pasti beberapa individu termasuk seorang bergelar Datuk berhubung insiden sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua individu itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.
Katanya, sehingga semalam pemilik restoran yang menerima tempahan 36 bungkus nasi kandar itu telah pun direkodkan percakapan.
“Kita telah panggil pemilik restoran itu semalam dan lain-lain individu termasuk seorang Datuk akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Kesemua mereka telah pun dikenal pasti dan akan direkod keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menerusi laporan akhbar semalam, Mior Farid berkata, polis akan menyiasat sama ada individu atau syarikat yang menggunakan perkhidmatan helikopter bagi mengambil pesanan nasi kandar itu memiliki surat kebenaran rentas negeri.
Beliau berkata, siasatan akan dibuka berdasarkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929