fbpx

Covid-19: Bekalan telur negara kurang 21 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan telur diramal berkurangan sehingga 21 juta.

ALOR GAJAH – Bekalan telur ayam dalam negara dijangka berkurangan sebanyak 21 juta biji selepas kilang pengeluar terbesar di Durian Tunggal di sini diarahkan ditutup serta-merta semalam.

Pengurus kilang berkenaan, LTK (Melaka) Sdn. Bhd., Loo Eng Seng berkata, kilang tersebut terpaksa ditutup selama dua minggu sehingga 6 Ogos depan selepas beberapa pekerja kilang didapati positif Covid-19.

Katanya, kilang tersebut mengeluarkan kira-kira 1.5 juta biji telur ayam setiap hari untuk dibekalkan di seluruh negara.

“Kilang ini telah diarahkan tutup serta-merta semalam selepas terdapat pekerja yang positif Covid-19 dan ujian saringan kesemua kakitangan dilakukan.

“Kami memasarkan 1.5 juta biji telur ayam sehari dan apabila terpaksa ditutup, kesemua bekalan yang ada di kilang tidak dapat dipasarkan, sekali gus bekalan itu akan busuk,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kilang tersebut diarahkan tutup pada pukul 3 petang semalam selepas seramai 20 kakitangan didapati positif Covid-19.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang mengenal pasti punca jangkitan dan mengesan kontak rapat pekerja yang positif.

Mengulas lanjut, Eng Seng berkata, penutupan kilang tersebut akan menyebabkan bekalan telur negara berkurangan kira-kira 21 juta biji, sekali gus dijangka turut memberi kesan kepada harga pasaran.

“Bukan sahaja syarikat terpaksa menanggung kerugian tetapi rakyat juga mungkin berdepan dengan kenaikan harga pasaran telur ekoran bekalan berkurangan.

“Mungkin harga telur akan naik antara 10 hingga 20 peratus, bergantung kepada permintaan dan jumlah bekalan yang ada,” katanya.

Jelasnya, susulan itu, ibu pejabat syarikat terbabit membuat permohonan rayuan kepada KKM untuk membenarkan bekalan yang ada dijual bagi mengimbangi harga pasaran. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI