fbpx

CGM tidak terima RM20 juta setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nadir ketika menjelaskan mengenai sumbangan RM20 juta pada sesi Townhall CGM sebentar tadi.

PETALING JAYA- Dakwaan kononnya Cinta Gaza Malaysia (CGM) menerima sumbangan hampir RM20 juta setiap tahun daripada rakyat Malaysia bagi meringankan derita Palestin disifatkan sebagai tidak benar dan kurang relevan.

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, sumbangan hampir RM20 juta itu hanya diterima pihaknya jika berlaku peperangan dan bukannya pada setiap tahun.

“Kita bukan setiap tahun dapat RM20 juta,(dakwaan) itu sesuatu yang tidak baik apabila kami dilontarkan andaian tersebut seolah-olah mendapat duit yang banyak dan bila mahu menggunakannya.

“Tuduhan RM20 juta itu salah, namun saya tidak salahkan sesiapa kerana ia dibuat berlandaskan kejahilan terhadap sesuatu tempat,” katanya pada sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara Facebook Live sebentar tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan orang ramai yang mempersoalkan ke mana perginya sumbangan RM20 juta yang berjaya dikumpul CGM sebelum ini.

Katanya, sumbangan hampir RM20 juta itu berjaya dikumpul CGM apabila berlaku peperangan sahaja dan ia bukanlah berlaku pada setiap tahun seperti yang didakwa sebelum ini.

“Apabila disebut ada perang, dapat RM20 juta, tetapi perang tidak berlaku setiap tahun, macam mana nak dapat sumbangan RM20 juta pada setiap tahun.

“Kalau ada RM20 juta, kami tidak perlu duduk di Gaza yang terputus elektrik, hanya ada bekalan elektrik lapan jam sehari saja selain berdepan masyarakat yang ketuk pintu bagi meminta bantuan dan bermatian-matian keluar, masuk Gaza hingga terlepas acara istimewa keluarga,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa kontroversi tercetus antara Muhammad Nadir dan Ebit Lew antaranya apabila penceramah bebas itu meminta penjelasan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI