fbpx

10 tan durian habis terjual dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur panjang untuk membeli durian pada program kelolaan FAMA Terengganu di Pasar Tani Hiliran, dekat sini hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 10 tan durian kampung yang dijual secara murah di Pasar Tani Hiliran di sini hari ini habis licin dalam tempoh kurang dua jam.

Sebahagian pengunjung sanggup beratur panjang seawal pukul 7 pagi semata-mata untuk mendapatkan durian pada program kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu tersebut.

Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, durian kampung yang dibawa khas dari Besut berkenaan dijual pada harga RM20 selonggok manakala bagi pelanggan yang membeli tiga longgok sekali gus, harga istimewa RM50 ditawarkan.

“Setiap longgok mengandungi tiga atau empat biji durian dengan berat hampir lima kilogram. Kita juga menjual durian tersebut dengan harga RM4.50 sekilogram.

“Ia pendekatan serampang dua mata membolehkan orang ramai menikmati durian dengan harga berpatutan selain membantu pengusaha raja buah tempatan mengatasi lebihan pengeluaran pada masa ini,” katanya ketika ditemui di Pasar Tani Hiliran di sini hari ini.

Che Ghani berkata, program jualan durian tersebut berjalan lancar dengan pematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, seorang pelanggan, Nur Syadatul Balqis Sharifuddin, 20, pula berterima kasih dengan insiatif FAMA negeri yang membantu orang ramai menikmati durian dengan harga murah.

“Ramai terjejas pendapatan pada musim Covid-19 ini. Biarpun cuma durian kampung, nikmat merasainya amat disyukuri,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI