PUTRAJAYA – Tiada kad digital fizikal vaksinasi dikeluarkan untuk penerima yang sudah lengkap suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tular di media sosial mengenai pengeluaran kad digital fizikal vaksinasi yang memuatkan sijil vaksinasi Covid-19 beserta paparan jenis vaksin diterima.
Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini, tiada kad fizikal digital vaksinasi dikeluarkan sebaliknya hanya sijil digital vaksinasi yang dikeluarkan menerusi aplikasi MySejahtera.
“Sijil digital vaksinasi itu boleh dicetak menerusi laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
“Bukti lain vaksinasi adalah menerusi kad suntikan vaksin yang diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya pada sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929