fbpx

Tepis tangan, peluk jadi isu – Caprice nafi dakwaan Ebit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE menafikan dia menepis tangan Ustaz Ebit Lew ketika mereka bertemu sekitar awal Julai lalu di Mesir

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, Caprice menafikan dia menepis tangan Ustaz Ebit Lew ketika mereka bertemu sekitar awal Julai lalu di Mesir seperti didakwa pendakwah bebas berkenaan dalam sesi Instagram ‘live’ semalam.

Pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu bukan hanya memuat naik semula video penuh yang dimaksudkan dalam IG Story, dia juga menjawab persoalan yang dikemukakan netizen dalam ruangan komen hantaran status terbaharunya semalam.

“Pelik.. Boleh scroll (gulir) ke bawah (merujuk video yang dimuat naiknya). Dalam video, saya sudah terang-terang ustaz peluk, tepuk dada, nak tinggal cium pipi je,” kata Caprice, 33.

Terdahulu, menerusi siaran langsung yang diadakan dalam media sosial, Ebit berkata, seperti ada yang tidak kena pada hujung pertemuannya dengan Caprice.

“Saya ajak makan tiba-tiba dia kata tak nak makan, saya dah hairan. Dia nak salam saya, dia suruh saya doa.

“Saya salam macam biasa seperti sebelum ini. Apabila peluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia tolak sikit.

“Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya,” demikian cerita Ebit pada sesi ‘live’ berkenaan.

Dalam pada itu, menjawab ajukan seorang netizen tentang sama ada Caprice sudah dihubungi Neelofa, jawab pelantun lagu Lenglui itu: “Baru sahaja lepas on call (jawab panggilan).”

Semalam, Neelofa terkait dalam konflik Ebit dan Caprice apabila selebriti terkenal itu meminta agar nama ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak dibabitkan dalam permasalahan mereka berdua.

Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu meninggalkan beberapa komen dalam ‘live’ Ebit.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat,” tulisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI