fbpx

Diberkas selepas 9 bulan toreh muka rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JEMPOL – Seorang lelaki yang dicari sejak Oktober tahun lalu kerana disyaki menoreh muka rakannya akhirnya diberkas di sebuah rumah di Bahau dekat sini Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis daerah Jempol , Superintendan Hoo Chang Hook, suspek berusia 32 tahun itu ditangkap dalam keadaan mabuk pada pukul 9 malam hasil risikan polis dan maklumat awam.

“Suspek kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Chang Hook berkata, dalam kejadian pada 19 Oktober tahun lalu, mangsa yang ketika itu berusia 47 tahun mengalami kecederaan koyak di antara pipi kanan hingga bawah telinga dan bawah pipi kiri hingga tepi bibir akibat ditoreh suspek.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI