fbpx

Sultan Selangor hargai petugas, sukarelawan perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan khas kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertugas di hospital serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri ini ketika Aidiladha lalu.

Dalam titahnya, baginda berbangga dengan kegigihan pihak berkenaan dalam usaha mempercepatkan suntikan vaksinasi kepada rakyat dan mendoakan pengorbanan mereka mendapat ganjaran setimpal.

“Sehingga 21 Julai lalu (kelmarin), kadar vaksinasi rakyat Selangor yang memperoleh satu dos suntikan telah mencecah 46.9 peratus atau 2.95 juta dos.

“Manakala, sebanyak 15.27 peratus rakyat sudah melengkapkan dos vaksinasi masing-masing.

“Kadar vaksinasi Covid-19 di Selangor perlu diperluas bagi mengurangkan kadar kematian yang mencecah 84 kematian sehari (kelmarin),” titahnya dalam Facebook rasmi Selangor Royal Office. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI