fbpx

Sengsara setahun diganggu lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior NAZHAR (kanan) dan Saiful Kamil (kiri) menunjukkan perangkap lalat yang dipasang di kediaman mereka di Taman Chenderong Jaya semalam.

BATU GAJAH – Masalah serangan lalat yang dihadapi penduduk Taman Chenderong Jaya di sini lebih setahun lalu bagaikan tiada pengakhiran biarpun pelbagai aduan telah dibuat.

Mereka menzahirkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa pihak terlibat dan gangguan tersebut dikatakan berpunca daripada sebuah ladang ternakan ayam berhampiran.

Seorang penduduk, Mior Nazhar Mohd. Aris, 40, berkata, dia sudah tidak tahan untuk berhadapan masalah tersebut yang berlarutan sejak sekian lama sehingga terpaksa membawa keluarga menumpang di rumah emaknya.

Katanya, serangan lalat berlaku antara 10 hingga 15 hari setiap tiga bulan dan benar-benar memberi tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

“Setiap hari saya perlu pasang 20 keping perangkap lalat, malah jika mahu makan saya perlu berada depan kipas besar untuk pastikan tiada lalat.

“Jika menggoreng ikan, belum masukkan ikan, lalat sudah masuk dalam minyak panas dan ia benar-benar menyusahkan kami,” katanya ketika ditemui di kediamanya di sini semalam.

Menurutnya, disebabkan masalah itu juga, dia terpaksa membawa isteri dan anak bongsunya yang berusia dua bulan ke rumah keluarga di daerah sama untuk berpantang.

“Masalah lalat ini bukan hanya waktu siang waktu malam pun ada. Kalau kita mahu bersantai dengan anak-anak pun tidak boleh,” ujarnya.

Mior Nazhar memberitahu, lalat itu dipercayai datang daripada ladang ternakan ayam berhampiran kawasan tempat tinggal mereka dan masalah itu telah dihadapi sejak lebih setahun lalu.

“Sebelum ini masalah lalat telah didedahkan media termasuk akhbar, kami rasa lega dan sudah memba­yangkan akan selesai tetapi sebaliknya apabila masalah itu terus berlarutan dan ini sangat mengecewakan kami,” katanya.

Sementara itu, bagi pesara, Saiful Kamil Sulaiman, 48, pelbagai usaha diambil untuk mengatasi masalah serangan lalat, namun tidak berhasil.

“Kami sudah usaha dengan air serai wangi, lada hitam kisar tabur atas meja tapi masalah tetap sama tiada berkurang langsung,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI