fbpx

Sejuta pekerja industri lengkap vaksinasi SelVAX Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah ( duduk kiri ) menanyakan sesuatu kepada dua penerima vaksinasi SelVAX Komuniti di PPV Hotel De Palma, Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Seramai sejuta pekerja industri yang berdaftar di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX) disasarkan melengkapkan vaksinasi menjelang Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, SelVAX industri setakat ini telah memberikan vaksinasi kepada 89,563 pekerja daripada 52,000 syarikat.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada industri berisiko, perkhidmatan perlu, mempunyai pekerja yang banyak serta perusahaan kecil sederhana (PKS) yang menghasilkan produk essential yang dibawah 200 jumlah pekerja.

“SelVAX industeri terhad kepada sejuta warga industri dan kita menjangkakan pada Oktober ini mampu menyelesaikannya bergantung kepada bekalan daripada pembekal.

“Pendaftaran masih terbuka dan banyak syarikat mahu segera pekerjanya divaksinasi bagi mengelakkan wujudnya kluster. Kos vaksinasi yang diletakkan sangat berpatutan iaitu RM350 seorang pekerja termasuk kos pengurusan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau SelVAX Komuniti bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) De Palma Hotel.

PPV yang disediakan untuk program SelVAX Industri adalah di Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara; Evo Mall, Bandar Baru Bangi; Hotel De Palma, Shah Alam; Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya dan Aurora Place, Bukit Jalil.

Dalam perkembangan berlainan, Rodziah berkata, pihaknya telah mengutamakan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Penduduk untuk divaksinasi dalam membantu sebarang proses termasuk penghantaran penduduk di kawasan mereka.

“Paling membimbangkan apabila ada penduduk di situ positif dan perlu dibawa ke Pusat Penilaian Covid (CAC), siapa hendak bawa. Jadi kita sediakan pakaian perlindungan diri (PPE) agar terpanggil JMB untuk membantu membawa mereka yang positif ke hospital dan CAC.

“Ada beberapa kawasan termasuk di DUN saya sendiri telah bekerjasama dengan beberapa ambulan swasta dalam penghantaran tersebut,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI