PUTRAJAYA – Acara perbarisan pada 31 Ogos kali ini dijangka menyaksikan penyertaan kecil tanpa ada sebarang persembahan daripada peserta kanak-kanak dan remaja belasan tahun.
Perkara tersebut antara gambaran awal yang diberikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.
“Walaupun pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) belum lulus lagi SOP (prosedur operasi standard), secara umum semua peserta mesti telah lengkap dua dos vaksin Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi ramah mesra secara maya dengan para penerima Dana Kandungan Digital Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).
Perbarisan Hari Kebangsaan 2021 peringkat nasional akan berlangsung di Dataran Pahlawan Putrajaya seperti tahun lalu, manakala sambutan Hari Malaysia 2021 pula diadakan di Sabah.
“Sekiranya berdasarkan SOP sedia ada, maka peserta acara perbarisan dan persembahan akan hanya disertai golongan dewasa sebab bawah 18 tahun belum divaksin,” jelas Saifuddin. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929