fbpx

Penuntut UniMAP positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UniMAP

ARAU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) didapati positif Covid-19 semalam setelah menjalani ujian saringan untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah.

Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, penuntut Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam tersebut kini dikuarantin di Pusat Rawatan Risiko Rendah Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Kangar dekat sini.

“Penuntut terbabit yang berasal dari Sabah perlu menjalani ujian saringan sebelum pulang ke sana. Dia sudah membuat ujian saringan Covid-19 pada 16 Julai lalu dan keputusannya negatif.

“Bagaimanapun, tarikh penerbangannya ditunda, jadi dia perlu menjalani ujian saringan tersebut semula pada 19 Julai lalu, namun keputusan yang diperoleh semalam adalah positif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 13 penuntut yang dikenal pasti sebagai kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di Pusat Kesihatan universiti.

Tambahnya, pihak universiti juga telah melakukan sanitasi di kawasan yang dilawati penuntut terbabit termasuk di hostel. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI