ALOR GAJAH – Seorang pekerja kilang maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Bukit Balai di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 7.15 malam itu, mangsa, Zahari Ismail, 44, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Hafiz Mohd. Hishamuddin, 22, pula patah kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku selepas kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan ke Durian Tunggal cuba memotong sebuah kereta jenis Kia Cerato.
“Ketika memotong, motosikal jenis Kawasaki dan Yamaha ditunggang mereka melanggar sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera.
Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang memotong secara berbahaya di lorong garisan berkembar.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah manakala penunggang yang cedera dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929