fbpx

PDRM terima 13 laporan suntikan vaksin kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 13 laporan polis berhubung dakwaan pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak tujuh laporan diterima di Kuala Lumpur, Selangor(3) dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak serta Melaka.

“Siasatan sedang dijalankan oleh JSJ berhubung dakwaan berkenaan dan mengesahkan telah menerima laporan yang dibuat.

“Bagi kes membabitkan penawaran palsu atau penipuan penjualan vaksin di pasaran, siasatan akan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd Jalil memberitahu, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membendung penipuan berkaitan penjualan vaksin Covid-19.

“Sehingga kini vaksin Covid-19 hanya dibekalkan oleh kerajaan mengikut Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“PDRM turut mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun ciapan yang belum dipastikan kebenarannya,” katanya.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati membuat laporan palsu berhubung isu tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI