SEREMBAN – Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Datuk Masri Razali dilantik menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Masri, 49, yang dilantik sebagai Datuk Bandar MBS kedua menggantikan Datuk Zazali Salehudin yang bersara wajib.
“Penyerahan tugas dan proses mengangkat sumpah telah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kerajaan negeri juga ingin merakam penghargaan kepada Datuk Zazali Salehudin yang merupakan Datuk Bandar MBS pertama atas perkhidmatan beliau yang secara rasminya bersara wajib daripada perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Aminuddin, semasa perkhidmatan Zazali, bandar Seremban telah berjaya dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya dan buat pertama kalinya dua pihak berkuasa tempatan telah digabungkan untuk membentuk MBS. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929