fbpx

‘Kelmarin jumpa, hari ini anak saya sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Hazmat melakukan pemeriksaan ke atas ambulans yang dinaiki empat mangsa di Hospital Port Dickson, semalam.

PORT DICKSON – Bagaikan mimpi bagi seorang bapa apabila anak yang baru ditemui dua hari lalu dalam keadaan sihat meninggal dunia semalam selepas dilaporkan pengsan.

M. Kumar, 56, berkata, anak­nya, K. Viknesh, 29, yang bekerja sebagai penolong pegawai farmasi di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok tidak merokok dan merupakan seorang aktif bersukan.

“Saya dapat tahu mengenai kejadian ini apabila petugas di klinik hubungi saya pada pukul 8.30 pagi mengatakan Viknesh pengsan dan dikejarkan ke hospital.

“Setibanya di hospital, saya diberitahu anak telah meninggal dunia. Tiga lagi yang mengiringinya pula pengsan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Port Dickson, di sini semalam.

Viknesh

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung seorang kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok tidak sedarkan diri pukul 8.15 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mengadu sakit dada dan secara tiba-tiba rebah semasa bertugas di klinik tersebut.

“Mangsa kemudiannya telah dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital diiringi seorang pegawai perubatan dan dua pembantu perubatan.

“Apabila tiba di hospital, mang­sa disahkan meninggal dunia manakala tiga yang mengiringinya telah dibawa ke unit kecemasan kerana tidak sedarkan diri.

“Setakat ini, ketiga-tiga mang­sa sudah kembali sedar dan ber­ada dalam keadaan stabil, namun masih menerima rawatan di wad,” ujarnya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mereka bebas Covid-19.

Dalam pada itu, Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, tiga kakitangan klinik yang pengsan dipercayai berpunca daripada keracunan karbon monoksida di dalam kabin ambulans.

Menurutnya, ujian pengesa­nan gas dalam tempoh 10 minit perjalanan mendapati bacaan kandungan gas yang tinggi dica­tatkan dalam kabin berkenaan sehingga mencecah 87 ppm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI