fbpx

Kedah tidak berhasrat beli vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah tidak berhasrat untuk membeli bekalan vaksin daripada syarikat tertentu kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian pada masa ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, setakat ini kerajaan negeri telah menerima jaminan ketibaan bekalan vaksin tambahan pada minggu depan.

Justeru, katanya, bekalan tambahan yang tidak dinyatakan jumlahnya itu dirasakan sudah memadai dengan keupayaan suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sebagai usaha meningkatkan pemberian vaksin dalam kalangan rakyat di negeri ini, kita juga akan membuka PPV Mega di Sungai Petani, Baling dan Padang Serai.

“Selain itu satu lagi PPV Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) akan dibuka di Sungai Petani mulai 26 Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI