fbpx

Conte tolak tawaran kendali Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE (tengah) lebih berminat meneruskan karier kejurulatihannya bersama kelab berbanding mengendalikan skuad kebangsaan seperti Belanda. – AFP

MILAN – Bekas ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte dilaporkan menolak tawaran untuk dilantik sebagai pengendali baharu skuad antarabangsa Belanda.

Menurut laporan akhbar Itali, Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) telah menghubungi Conte berhubung kekosongan kerusi ketua jurulatih pasukan itu yang ditinggalkan Frank de Boer selepas tamat Euro 2020 baru-baru ini.

Bagaimanapun, pengendali berusia 51 tahun itu dikatakan lebih berminat untuk meneruskan karier kejurulatihannya bersama kelab walaupun pernah mengendalikan skuad antarabangsa Itali selama dua musim dari 2014 hingga 2016.

Conte sebelum ini disebut-sebut bersedia untuk kembali mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas namanya dikaitkan dengan tawaran daripada kelab Utara London, Tottenham Hotspur.

Namun, perjanjian itu gagal dimeterai kerana dipercayai Conte yang kebiasaannya me­nerima bayaran sebanyak £15 juta (RM86.93 juta) setahun, tidak bersependapat dengan lembaga pengarah Spurs mengenai projek kelab berkenaan.

“Kalau disebabkan duit, sudah lama saya kekal dengan Itali dan Juventus. Namun, saya mahukan projek yang sesuai, jika tidak, saya sanggup duduk di rumah sahaja.

“Saya seorang yang gemarkan cabaran baharu. Saya tiada masalah walaupun tidak dianggap sebagai pilihan meskipun bersama kelab-kelab besar,” kata Conte.

Sebagai rekod, Conte tidak pernah gagal menghadiahkan kejuaraan buat pasukannya seperti Serie A buat Inter, EPL dan Piala FA dengan Chelsea selain tiga gelaran Scudetto ketika bersama Juventus dari 2011 hingga 2014.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI