IPOH – Unit Tabung Darah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini merayu orang ramai terutamanya mereka yang berdarah jenis O untuk hadir menderma darah bagi memenuhi keperluan darah yang tinggi.
Unit Tabung Darah HRPB dalam muat naik di laman sosial Facebooknya berkata, bekalan darah jenis O tersebut perlu dipertingkatkan memandangkan keperluan yang tinggi di hospital berkenaan.
“Mohon para penderma hadir ke Tabung Darah, HRPB, Ipoh dengan kadar segera atau hadir ke kempen derma darah yang berhampiran.
“Penderma boleh hadir ke pasar raya Aeon Station 18 dan Aeon Kinta City, Ipoh pada Sabtu dan Ahad ini,” katanya.
Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi talian 05-2085245 untuk pertanyaan lanjut mengenai maklumat program derma darah pada hari minggu.
Katanya, penderma darah bagaimana pun perlu mematuhi syarat iaitu mesti melebihi tempoh tiga bulan dari tarikh terakhir pendermaan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929