fbpx

Anugerah Guardian 2021 kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Guardian Malaysia menganjurkan Anugerah Guardian 2021, yang memberi peluang kepada pengguna memilih jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran mereka untuk memenangi pelbagai hadiah hebat bernilai RM50,000.

Sebanyak 63 hadiah disediakan termasuk hadiah utama berupa sebuah motosikal Vespa Primavera S150.
Pengundian yang dibuat secara online dibuka sehingga 27 Julai ini dengan penyertaan percuma untuk semua yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Peserta hanya perlu mendaf­tar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi.

Selepas mengundi, peserta akan menerima baucar elektronik bernilai RM10 yang boleh ditebus di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan.

Pengarah Pemasaran Jenama Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty, Anna Ng berkata, pihaknya berpandangan pelanggan lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan jenama yang sesuai buat mereka.

“Peraduan penghargaan jenama tahunan popular ini memberi suara kepada pelanggan kami dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan terbaik yang boleh didapati di semua stor Guardian dari perspektif mereka.

“Saya yakin bahawa Anugerah Guardian 2021 – Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal sebagai anugerah paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini, dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat,” katanya dalam satu kenya­taan.

Anugerah tersebut melibatkan penyertaan lebih 107 jenama dengan lebih 410 produk untuk merebut 75 anugerah dalam enam kategori utama iaitu jenama baharu terbaik, undian ter­tinggi pilihan influencer, kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan diri dan penjagaan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI