fbpx

18 atlet Olimpik lepasan Sekolah Sukan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD terjun negara sudah bersedia beraksi dan memburu pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun nanti. – MSN

PETALING JAYA – Seramai 18 daripada 30 atlet kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo adalah lepasan Sekolah Sukan Malaysia.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pencapaian mereka seharusnya menjadi inspirasi buat semua pelajar Sekolah Sukan Malaysia.

“Syabas buat warga pendidik dan jurulatih yang berjaya memupuk dan membentuk barisan atlet negara.

“Bersama-sama kita doakan kesihatan, keselamatan dan kekuatan atlet kita agar mereka dapat memberikan prestasi yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sukan Olimpik Tokyo berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Radzi berkata, kontinjen Malaysia akan bertanding dalam acara akuatik termasuk renang dan terjun, badminton, basikal, gimnastik, golf, memanah, menembak, olahraga dan pelayaran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI