PUTRAJAYA – Kes harian terus mencatatkan peningkatan dengan 15,573 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 980,491 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka melebihi 7,000 dengan 7,672 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,063 kes dan Kedah sebanyak 937 kes.
“Johor pula (722 kes), Negeri Sembilan (682 kes), Pulau Pinang (530 kes), Sabah (516 kes), Sarawak (461 kes), Pahang (457 kes), Melaka (452 kes), Perak (415 kes), Kelantan (372 kes) dan Terengganu (229 kes).
“Seterusnya, Putrajaya (41 kes), Labuan (21 kes) dan Perlis (tiga kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929