fbpx

140 rumah di Tanjung Sedili terjejas dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja memotong pokok yang tumbang selepas dilanda ribut di sekitar Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor petang hari ini.

KOTA TINGGI – Kira-kira 140 buah rumah di Tanjung Sedili di sini rosak akibat dipukul angin kencang susulan hujan lebat berterusan selama dua jam petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussain Zamora berkata, susulan kejadian pada pukul 3 petang itu, dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan keluarga terjejas.

Menurutnya, dua PPS dibuka masing-masing sebuah di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Jaya dan SK Sedili Besar di sini.

“Antara kampung terjejas Kampung Sri Gading, Kampung Teluk Jeri, Kampung Teluk Jeri Luar, Kampung Teluk Jeri Dalam, Taman Sedili dan Kampung Tanah Putih.

“Hujan lebat dan ribut yang berterusan lebih dari dua jam di beberapa kawasan sekitar Tanjung Sedili itu turut menyebabkan dua PPS dibuka di SK Setia Jaya Tanjung Sedili dan SK Sedili Besar,”katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI