fbpx

Wanita derita cincin tersangkut jari mohon bantuan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu menanggalkan dua bentuk cincin yang tersangkut pada jari manis kiri seorang wanita warga emas di Balai Bomba dan Penyelamat Paka dekat Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan selama dua hari selepas dua bentuk cincin emas yang dipakai gagal ditanggalkan sehingga menyebabkan jari manis kirinya membengkak.

Tidak tahan dengan kesakitan dialami, wanita berusia 67 tahun itu nekad pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Paka dekat sini yang terletak kira-kira 16 kilometer dari rumahnya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya untuk meminta pertolongan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, wanita itu yang bertemankan salah seorang anak lelakinya hadir ke balai bomba dan penyelamat tersebut pada pukul 9.21 pagi hari ini.

“Wanita itu memberitahu dua bentuk cincin emas itu telah tersangkut menyebabkan jari manis kirinya luka dan membengkak.

“Dia yang mempunyai penyakit diabetes memberitahu, sudah cuba menanggalkan dua bentuk cincin itu sejak dua hari lalu (Selasa) tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Aidil Khairim berkata, pihak bomba tiada pilihan lain selain memotong kedua-dua cincin emas itu bagi menyelamatkan wanita warga emas berkenaan.

Jelasnya, cincin tersebut telah dipotong menggunakan alat pemotong khas sebelum wanita terbabit dinasihatkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan berhampiran. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI