fbpx

Trauma hampir dicabul lelaki separuh bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa menunjukkan bahagian tingkap biliknya yang diceroboh masuk seorang lelaki dua minggu lalu.

TUMPAT- Seorang gadis trauma apabila hampir dicabul seorang lelaki separuh bogel yang menceroboh biliknya di rumah keluarganya di Kampung Kubang Batang di sini dua minggu lalu.

Mangsa berusia 22 tahun merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengulang kaji pelajaran kira-kira pukul 3 pagi.

Katanya, hampir setiap hari dia akan mengulang kaji pelajaran dan tidur lewat bagi menghadapi peperiksaan pada hujung semester ini.

“Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang tidak memakai seluar telah memecah masuk bilik melalui tingkap. Terkejut dengan keadaan itu, saya sempat menjerit dan jeritan itu didengari abang yang tidur di bilik sebelah.

“Abang telah bangun dan masuk ke dalam bilik saya sebelum menendang lelaki tersebut. Dalam keadaan itu, lelaki itu terus melompat keluar melalui tingkap dan melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam.

Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muamalat itu, sejak kejadian berlaku dua minggu lalu, dia trauma dan mengajak ibu menemaninya untuk tidur di ruang tamu rumah kerana merasa lebih selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu di sini.

Katanya, polis kini sedang menyiasat suspek yang terlibat dalam kes tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI