fbpx

TPM ketuai Markas arahan keselamatan siber 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA – Kerajaan bakal menubuhkan markas arahan keselamatan siber dalam usaha memastikan tiada serangan anasir jahat yang mengancam tahap kawal selia maya negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, markas bersepadu itu akan dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Markas ini dijangka menyelaraskan segala gerak kerja kawalan secara lebih sistematik yang akan melibatkan pelbagai agensi awam berkaitan isu keselamatan siber nasional,” jelasnya dalam sidang akhbar secara maya mengenai isu berita palsu yang turut disertai Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Mohammad Mentek.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan wakil Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Dev Kumar.

Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan telah membawa isu keselamatan siber itu dalam mesyuarat Kabinet semalam berdasarkan laporan disediakan CyberSecurity Malaysia (CSM).

“Data terkini disediakan agensi di bawah kementerian ini mendapati ada sejumlah 175 laman sesawang kerajaan yang agak rentan berisiko tinggi digodam pihak tertentu,” tambah beliau.

Sehubungan itu ujarnya, jemaah menteri memutuskan untuk penubuhan markas arahan induk bagi tujuan kawalan keselamatan siber diterajui Ismail yang juga ialah Menteri Pertahanan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI