fbpx

Tidak kenal Syarikat Hala, masuk Gaza melalui bantuan Kedutaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menyangkal dakwaan yang mengatakan pihaknya memasuki Gaza, Palestin dengan membayar harga yang tinggi kepada syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Hala.

Ebit berkata, dakwaan itu merupakan satu fitnah yang melampau kerana dia sama sekali tidak tahu mengenai syarikat tersebut dan proses pihaknya memasuki Gaza adalah melalui Kedutaan Malaysia.

“Sebelum ini dalam sebuah Live, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bersama Firdaus Wong mereka ada sebut satu-satunya jalan memasuki Gaza adalah melalui Mile of Smile.

“Sebelum saya datang saya sudah hubungi pihak Mile of Smile, semasa sampai di sana pihak tersebut minta kami untuk membayar ASD10,000 (RM42,239) seorang. Apabila saya dengar mahal, saya tak mahu bawa semua jadi saya uruskan beberapa nama untuk masuk, bagaimanapun proses untuk masuk itu gagal,” katanya.

Ebit berkata, pihaknya kemudian cuba memohon kelulusan untuk masuk ke Gaza dengan bantuan Kedutaan Malaysia.

“Kami dapat kelulusan kerajaan Mesir, tetapi kelulusan daripada tentera tidak berjaya. Jadi, kami semua sudah mahu balik ketika itu, sebelum balik saya singgah kedutaan untuk ucapkan terima kasih tetapi dimaklumkan ejen perisikan tentera Mesir mahu bantu kami.

“Kemudian mereka bawa saya pergi berjumpa dengan ejen Syarikat Lucky Tour yang boleh bantu kami ke Gaza dengan kos ASD2,500 (RM10,559.75) seorang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ebit menidakkan dakwaan dia tidak mahu bertegur atau bersalaman dengan wakil Malaysia di sana, Muhammad Nadir Al-Nuri yang menyambut ketibaannya ketika di Gaza serta tidak membenarkan kumpulan itu membuat siaran langsung.

“Sampai di sana, turun bas dan saya sedar saya belum solat masa itu jadi saya mahu segera Jamak. Sampai-sampai saya kena duduk di kerusi, saya mesti tegur kalau orang tegur saya, tetapi saya betul-betul tak perasan waktu itu kerana saya nak cepat solat.

“Pasal Live, memang kami tidak buat Live semasa misi bantuan kerana kita tidak jangka apa perkara yang berlaku semasa Live. Sebab itu apa-apa misi bantuan saya tidak pernah buat Live sebaliknya akan siarkan gambar atau video,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI