fbpx

Rangka manusia di Sungai Kuala Pai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang dikhuatiri lemas ditemui di Sungai Kuala Pai, Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Satu rangka manusia disyaki milik seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Pai di sini pada hujung bulan lalu ditemui di sungai tersebut hari ini.

Mayat mangsa yang disyaki Mohd. Shahril Hamid, 30, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh pada pukul 3.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan rangka manusia itu.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ada satu rangka di permukaan sungai dan operasi mengeluarkan rangka dibantu oleh pihak bomba.

“Rangka manusia tersebut disyaki mangsa lemas yang terjatuh di sungai ini pada 27 Jun lalu yang mana hari ini genap 25 hari kehilangannya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI