fbpx

Nazim buat ramai semakin tak sabar nak ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Nazim tentang percutiannya di Langkawi sebelum ini membuatkan khalayak semakin tidak sabar untuk keluar melancong, khususnya ke Langkawi.

RASA yang membuak-buak untuk melancong. Itu antara yang menggila dalam dada segelintir rakyat Malaysia ketika ini.

Rata-rata meluahkan perasaan mahu bercuti sepuas-puasnya ke mana-mana lokasi seluruh negara apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan kelak.

Lebih membuatkan ramai teruja untuk bercuti apabila Nazim Othman turut memuat naik beberapa video lokasi menarik di Pulau Langkawi, Kedah dalam akaun TikToknya.

Dalam video-videonya, Nazim memaparkan beberapa lokasi seperti air terjun dan rumah peranginan di Pulau Langkawi.

Tidak dinafikan sesiapa sahaja yang melihat lokasi-lokasi yang dikongsi Nazim, pasti akan terbit rasa rindu untuk melancong ke pulau tersebut.

“Alahai kenapa buat kami begini. Rindunya hendak melancong ke Langkawi.

“Terima kasih Nazim kerana berkongsi tempat-tempat menarik. Kerajaan tolonglah benarkan kami melancong,” tulis seorang pengguna TikTok.

Mizz Lahar yang lihat video Nazim turut terkesan emosi.

Sudah bertahun lamanya tidak menjejakkan kaki ke Langkawi. Cepat-cepatlah pandemik ini berakhir ya.

MIZZ LAHAR: Harap para selebriti menjaga setiap penggunaan bahasa dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI