fbpx

Kawal selia BNM tidak mengubah matlamat TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengawalseliaan Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu solusi interim yang tidak akan mengubah sifat asal TH sebagai agensi unggul khususnya dalam pengurusan jemaah haji bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, TH tetap kekal melaksanakan fungsi Lembaga Tabung Haji sebagaimana termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535].

“Hal ehwal haji masih kekal di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dari sudut TH pula, Lembaga Pengarah dan badan pengurusannya tetap mempunyai tanggungjawab utama dalam menentukan hala tuju TH, serta pengurusan dan operasi haji.

“Usaha kawalselia TH dari sudut pengambilan deposit, serta pengurusan risiko dan kecairan oleh BNM ini adalah satu solusi interim yang akan dilaksanakan sehingga dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentangkan untuk pertimbangan Kerajaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, kerajaan tetap menjamin wang simpanan pendeposit dalam TH di bawah Akta 535, untuk memastikan bakal jemaah haji akan dapat mengerjakan Rukun Islam kelima, dan TH dapat terus menjana pendapatan dari pelaburan yang patuh Syariah.

“Penetapan kawal selia di bawah BNM yang masih berlandaskan konsep Syariah akan memantapkan tadbir urus dan memastikan tiada penyalahgunaan dana yang boleh memaksa kerajaan menggantikan wang pendeposit disebabkan jaminan Kerajaan.

“Skop pengawalseliaan BNM pada waktu ini, adalah tertumpu hanya kepada pengambilan deposit, serta pengurusan risiko dan kecairan, dengan rangka kerja pengawalseliaan yang berbeza dari peraturan am yang dipatuhi oleh institusi perbankan lain,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menyenaraikan TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia BNM. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI