fbpx

Jinq En lebih matang ke pentas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINQ EN akan turun bertanding dalam acara kegemarannya 100m kuak dada di Pusat Akuatik Tokyo pada Ahad ini.

PERENANG negara, Phee Jinq En me­ngakui, penampilan keduanya di temasya Sukan Olimpik membuatkan keadaannya lebih matang dan bersedia untuk bersaing di temasya sukan terbesar dunia itu yang membuka tirai secara rasmi pada Ahad ini nanti.

Bagaimanapun, Jinq En mengakui edisi Sukan Olimpik musim ini sangat berbeza susulan pandemik Covid-19 berbanding pada penyertaan sulungnya di Olimpik Rio de Janeiro (2016).

“Saya akui cuaca di sini sa­ngat panas jika dibanding dengan Malaysia. Tetapi saya sudah mula biasakan diri berban­ding hari pertama tiba di sini.

“Ketika ini masih belum merasai suasana Sukan Olimpik. Mungkin apabila kejohanan bermula baru saya akan merasainya. Buat masa ini, saya ingin menikmati apa yang ada dahulu.

“Seperti saya cakap sebelum ini, Olimpik kali ini saya lebih bersedia dan matang berban­ding penampilan pertama,” katanya.Jinq En yang meme­gang dua rekod kebangsaan dalam acara 50 meter (m) dan 100m kuak dada wanita mungkin mampu memecah rekod miliknya apabila bakal menerima saingan sengit dalam acara itu di Sukan O­limpik.

Dalam penampilan sulung di temasya terbesar dunia itu di Rio 2016, Jinq En tersingkir awal di peringkat saringan ketika beraksi dalam acara 100m kuak dada wanita.

Jinq En akan turun bertan­ding dalam acara kegemarannya 100m kuak dada di Pusat Akuatik Tokyo pada Ahad ini, manakala saringan bagi acara 200m kuak dada bakal berlangsung pada 28 Julai.

Selain Jinq En, Welson Sim Wee Sheng turut mewakili skuad renang negara menerusi dua acara iaitu 200m dan 400m gaya bebas lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI