fbpx

JAS gantung lesen kilang cemar Sungai Kundor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

PETALING JAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggantung lesen premis dan menahan operasi kelengkapan sebuah kilang yang dipercayai menyebabkan pencemaran di Sungai Kundor, Rembau, Negeri Sembilan semalam.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, susulan aduan yang dikemukakan kepada JAS, siasatan mendapati premis berkenaan sedang menjalankan aktiviti pembaikan aerator sejak minggu lalu.

Berita berkaitan: Itik pun takut berenang dalam sungai tercemar

“Kerja pembaikan menyebabkan kuantiti efluen di bioflow polishing pond berkurangan dan efluen kilang sawit (POME) yang tidak patuhi piawaian dipercayai telah dilepaskan.

“JAS menggantung lesen premis, mengenakan penahanan operasi kelengkapan dan pihak kilang di arah untuk membersihkan Sungai Kundor tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan penduduk di Kampung Kundur Hulu, Rembau dikejutkan dengan air sungai jernih bertukar menjadi kehitaman dipercayai disebabkan oleh aktiviti sebuah kilang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI