fbpx

Isteri curang dicekup edar dadah bersama kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek wanita dan kekasihnya dipercayai aktif mengedar dadah di kawasan sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka sejak sebulan lalu.

ALOR GAJAH – Seorang wanita yang sudah lama terpisah dengan suaminya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan bukan sahaja bertindak curang, malah melakukan kerja haram bersama kekasihnya untuk menjual dadah.

Kecurangan ibu kepada dua anak berusia 30 tahun itu terbongkar apabila dia diberkas bersama kekasih berumur 32 tahun di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru pada pukul 11.10 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, ketika serbuan, polis menemui lapan paket lutsinar mengandungi dadah bersama suspek.

“Kesemua paket dipercayai berisi dadah jenis heroin seberat 89.18 gram itu ditemui di dalam salah sebuah bilik di rumah suspek lelaki.

“Pasukan polis turut menemui tujuh peket plastik syabu seberat 12.15 gram, enam biji pil Eramin 5 dengan anggaran keseluruhan bernilai RM6,000” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa alatan digunakan untuk menghisap syabu dan alat penimbang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah turut dirampas.

Ujarnya, kedua-dua suspek dipercayai aktif mengedar di kawasan setempat sejak sebulan lalu dan menjadi rumah sewa berkenaan sebagai tempat untuk membungkus dadah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI