fbpx

Doktor tidak sangka isteri, anak dan adik positif tanpa gejala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd. Erhan (kiri) gembira selepas anak dan isterinya pulih daripada Covid-19 dan dapat bersama-sama pada Hari Raya Aidiladha.

BENTONG – “Ambillah vaksin, alhamdulillah kami walaupun positif tidak ada gejala, syukur pada Allah, vaksin bukan ubat tetapi satu ikhtiar dan kalau kena corona virus insya-Allah tidak teruk,”kata Dr. Mohd. Erhan Rahimi.

Walaupun negatif Covid-19, tetapi isteri, adik dan dua anak Mohd. Erhan yang berumur empat dan tujuh tahun disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan susulan seorang guru tadika di tempat anaknya belajar disahkan positif Covid-19 pada 5 Jun lalu.

Mohd Erhan berkata, dia tidak menyangka dalam keadaan yang amat berjaga-jaga mengikut setiap SOP ditetapkan dan tidak pernah membawa anak-anak keluar dari rumah mereka masih dijangkiti virus berbahaya itu.

Katanya, susulan itu dia dan keluarganya dikuarantin selama sebulan sebelum dibenarkan keluar selepas bebas daripada virus berbahaya itu pada 6 Julai lalu.

“Semasa mula membuat ujian calitan anak bongsu dan kakak mereka tidak ada simptom langsung sihat walafiat berlari-lari memang sayu apabila mereka dibawa ke tempat kuarantin kerana hendak pergi tengok pun tidak boleh.

“Bukan apa kita jaga sungguh-sungguh, saya memang tidak bagi budak-budak keluar, tidak pergi ke mana pun, tetamu pun tidak ada datang rumah, kita memang berkurung betul,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Erhan anak bongsunya mula mendapat jangkitan daripada seorang guru di sebuah sekolah tadika yang positif daripada kluster sebuah kilang di sini dan ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bersama adik perempuannya.

Beliau memberitahu isterinya pula ditahan di Hospital Bentong manakala beliau dan kedua ibu bapanya yang negatif ditempatkan di pusat kuarantin di Bukit Tinggi di sini.

Sementara itu, beliau berkata, selain memastikan mengambil vaksin orang ramai juga perlu memastikan sentiasa mengikut SOP ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal bagi mencegah jangkitan virus berbahaya ini.

Katanya, dengan jumlah kes yang terus meningkat dan kemunculan varian baharu seperti varian delta, sekolah dan universiti tidak wajar dibuka lagi pada masa ini.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI