fbpx

220 kes ugutan bahan lucah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi Mohamed

SHAH ALAM – Polis Selangor menerima sebanyak 220 kes ugutan dan pemerasan menyebarkan gambar atau video lucah mangsa di media sosial dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Selain kenalan terdekat, kebanyakan kes itu melibatkan individu tidak dikenali dan sindiket yang memperdayakan mangsa supaya membuat aksi lucah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan jumlah itu sebanyak 137 kes daripada individu tidak dikenali menghantar video bukan milik mangsa untuk menganggu mangsa.

Selain itu, katanya, 54 kes melibatkan mangsa diperdaya melalui laman sosual sehingga memperdaya mangsa membuat aksi lucah semasa sedang ‘live’ tanpa mengetahui aksi mereka direkod oleh sindiket.

Manakala 29 kes lagi adalah kenalan kepada mangsa seperti bekas suami atau bekas teman lelaki.

“Sindiket ini membuat ugutan terhadap mangsa dengan meminta sejumlah wang sehingga mendatangkan ketakutan dan sanggup memberikan wang kepada sindiket.

“Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa diantara RM3,000 hingga RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan mangsa yang diperdaya sindiket berusia 20 hingga 60-an.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI