fbpx

Ziarah raya secara maya elak sebar virus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
SYALMIZI HAMID,
WAKIL PULAU PINANG

TAHUN ini adalah kali kedua kita meraikan Hari Raya Aidiladha dalam norma baharu dan masih hidup bersama virus Covid-19.

Ketika kita meraikan perayaan ini, kes jangkitan harian Covid-19 masih melebihi 10,000 kes.

Sebagai rakyat bertanggungjawab, kita seharusnya tidak menyebarkan virus itu kepada orang lain.

Namun, masih terdapat individu yang seolah-olah memekak­kan teli­nga apabila sanggup pulang ke kampung bagi meraikan hari raya korban.

Aidiladha sepatutnya tidak hanya dilihat sebagai acara balik kampung bertemu ibu bapa dan sanak saudara semata-mata, sebaliknya pelbagai nilai pe­ngorbanan yang perlu dihayati ketika berdepan pandemik.

Aidiladha juga membawa kita kembali melihat kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup meninggalkan isterinya, Siti Hajar dan anak kecilnya di lembah yang tandus di Mekah semata-mata kerana mentaati perintah Allah.

Setelah dipertemukan, ba­ginda diuji pula dengan perintah mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail dan baginda berjaya melaksanakannya.

Sifat sabar dan syukur yang ditunjukkan Nabi Ibrahim sepatutnya dijadikan iktibar dalam kita menempuh tempoh sukar ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ramai ulama kontemporari berpandangan bahawa ketiadaan menziarahi ibu bapa dalam situasi wabak berjangkit tidak menjadi satu kesalahan dan tidak berdosa.

“Sebaliknya, inilah sikap yang wajar kerana dapat mengelakkan wabak berpindah kepada kaum keluarga.

“Dengan tidak pulang ke kampung, anak-anak sebenarnya berbakti kepada ibu bapa kerana menyelamatkan mereka daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Beliau berkata, anak-anak dan ibu bapa sebenarnya masih boleh menghayati semangat ­Aidiladha.

“Islam adalah agama yang praktikal dan anjal. Segala ajarannya mampu menangani kesemua masalah kemanusiaan dan dapat disesuaikan dengan apa jua ­situasi yang dihadapi,” katanya.

Menurut Wan Salim, amalan ziarah-menziarahi adalah diga­lakkan dalam Islam bagi menge­ratkan silaturrahim, namun sei­ring peredaran zaman, pelbagai kaedah boleh digunakan.

“Kita boleh juga lakukan secara maya dengan memanfaatkan saluran-saluran komunikasi dan teknologi terkini.

“Menerusi gajet canggih, setiap orang boleh berbual-bual dengan sesiapa sahaja, malah boleh menatap wajah antara satu sama lain,” katanya.

Beberapa kluster balik kampung yang tercetus sebelum ini sepatutnya dijadikan pengajaran agar kita tidak membawa pulang virus sebagai buah tangan kepada mereka yang tersayang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada penularan jangkitan menerusi kluster yang berlaku sebelum ini.

“Saya harap kita ambil iktibar kes yang berlaku selepas hari raya Aidilfitri lalu, masih ramai yang curi balik, ikut lorong tikus dan sebagainya.

“Kita lihat kluster rentas ne­geri memuncak selepas itu. Sebagai contoh, kes di Terengganu dan Kelantan, seluruh keluarga dijangkiti hingga ada yang me­ninggal dunia.

“Harap itu menjadi iktibar kepada kita. Walaupun kita pandai nak lari sekatan polis untuk balik ke kampung, kita boleh lepas dari polis tetapi mungkin tidak lepas daripada jangkitan Covid-19,” katanya baru-baru ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI