GERIK – Seekor gajah liar yang memusnahkan tanaman penduduk di Felda Bersia Timur di sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah jantan berusia antara 18 hingga 20 tahun dengan berat dianggarkan dua tan itu ditangkap pada pukul 10 pagi di kawasan ladang kelapa sawit.
Katanya, operasi menjejaki mamalia oleh Unit Tindakan Gajah Negeri (UTG) Perak itu mengambil masa tiga jam bermula pukul 7 pagi.
“Gajah jantan itu ditangkap susulan aduan oleh penduduk yang diterima Pejabat Perhilitan Daerah Gerik pada 13 Julai lalu berhubung kerosakan yang dilakukan haiwan itu melibatkan tanaman pisang, kelapa dan kelapa sawit.
“Haiwan itu yang diberi nama Yob Daha akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang esok,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929