fbpx

Wanita 72 tahun tidak dapat berjalan sendiri hilang dari rumahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di rumahnya di Kampung Tanjung Jati di Lipis diteruskan hari ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan.

LIPIS – Kehilangan seorang wanita warga emas dari rumahnya sejak semalam menjadi misteri apabila sehingga kini tiada tanda mengenai jejak mangsa selepas operasi mencari dan menyelamat dimulakan sekitar rumahnya di Kampung Tanjung Jati di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd, Noor berkata, mangsa, Zaradah Othman, 72, kali terakhir dilihat jiran berada di kawasan rumahnya kira-kira pukul 10 pagi semalam.

“Berdasarkan laporan mangsa mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, penglihatan kabur serta memerlukan bantuan untuk bergerak.

“Gerakan mencari mangsa ketika ini masih diteruskan melibatkan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis, Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (K-9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam APM),”katanya di sini, hari ini.

Menurut Azli operasi mencari yang dimulakan pada pukul 5.35 petang semalam dihentikan pada pukul 7.30 malam sebelum disambung semula pada pukul 9 pagi hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI