fbpx

Wajah Layla Sania hiasi Times Square New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH Layla Sania yang terpampang di Times Square New York.

PETALING JAYA – Penyanyi baharu, Layla Sania menjadi selebriti Malaysia kedua selepas Yuna yang dipaparkan menerusi papan iklan digital gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat, semalam.

Tergamam melihat imej sendiri terpamer di sebuah mercu tanda kota metropolitan tumpuan dunia tersebut, penyanyi berusia 19 itu berkata, tidak menyangka wajahnya boleh terpilih untuk disaksikan dunia untuk promosi kempen EQUAL anjuran platform penstriman muzik Spotify.

“Saya berharap kempen ini dapat dijadikan inspirasi buat semua pemuzik khususnya wanita untuk melakukan sesuatu yang mampu mengubah dunia.

“Ini sangat bermakna bagi saya sebagai penyanyi malah berharap perkara ini turut mencetuskan inspirasi kepada pemuzik wanita lain tidak kira di mana sahaja kita berada,” katanya.

Layla Sania yang bernaung bawah syarikat Warner Music Malaysia dipilih menghiasi papan iklan berkenaan mewakili penyanyi Malaysia dan Singapura untuk kempen EQUAL oleh Spotify.

EQUAL juga merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.

Secara kesuruhan terdapat 35 senarai penggiat industri seni EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara.

Sebelum ini, pada Mei lalu papan iklan digital Times Square New York juga pernah dihiasi wajah penyanyi kelahiran Malaysia iaitu Yuna.

Terdahulu, Layla Sania pernah mengeluarkan single berbahasa Melayu berjudul Que Sera Sera dan Lakaran sebelum mengeluarkan lagu berbahasa Mandarin berjudul By Your Side.

Selebriti yang mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) itu pernah membintangi drama pada 2013, Bangkitnya Seorang Perempuan dan beberapa telefilem lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI