SHAH ALAM – Pasukan e-sport Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Vendetta akan mewakili negara dalam kejohanan ’16 Teams Regional Tryout’ yang akan berlangsung 17 hingga 21 Ogos depan.
Menurut Pegawai Sukan UiTM, Shahrin Ismail, kejayaan tersebut diraih setelah UiTM Vendetta menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Aero dengan mata 3-1 pada pusingan Kelayakan Malaysia Cyberathlete Collegiate Mobile Legends selama dua hari bermula 17 Julai lalu anjuran E-Star Nation.
Katanya, pasukan itu sebelum ini menewaskan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Mafia pada peringkat separuh akhir.
“Kemenangan itu membolehkan UiTM Vendeta mewakili negara dalam ’16 Teams Regional Tryout’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahrin berkata, pemain UiTM Vendetta diwakili oleh Muhammad Nabil Japri, Muhammad Badrun Ahmad Puad, Danish Haziq Azrul Yussaini, Akmal Hakim Mohd Hisham, Muhammad Zafri Che Moh Zulkifli, Muhammad Harith Tajul Urus, dan Muhammad Iman Md Amin.
Ujarnya, pusingan Kelayakan Malaysia Cyberathlete Collegiate Mobile Legends disertai tujuh pasukan iaitu UiTM Royale, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Titanz, UKM Aero, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Koala, UTeM Mafia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) RXN selain UiTM Vendeta.
“Bagaimanapun, pasukan pelapis UiTM iaitu UiTM Royale sekadar berpuas hati meraih tempat keempat skepada UTeM Mafia di penentuan tempat ketiga dan ke empat,” jelasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929