fbpx

Pogba mungkin buat United rugi besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA memasuki musim terakhir kontraknya bersama United dan dia bakal diberi kebenaran untuk berbincang dengan pasukan lain pada Januari nanti. – AFP

MANCHESTER – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mungkin terpaksa akur melepaskan khidmat pemain tengah sensasi, Paul Pogba secara percuma pada jendela perpindahan Jun tahun depan apabila kontraknya tamat.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Perancis itu bakal diberi ‘lampu hijau’ untuk berbincang dengan mana-mana pasukan di luar England seawal Januari depan sekiranya masih belum mendapat tawaran baharu daripada The Red Devils.

Sebelum ini, United telah memecahkan rekod perpindahan pasukan apabila mengeluarkan dana sebanyak £85 juta (RM490 juta) untuk menandatangani khid­mat pemain berusia 28 tahun daripada kelab Juventus pada jendela perpindahan musim 2016.

Pogba yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik pasukan Perancis pada Kejuaraan Euro 2020 bulan lalu difahamkan setakat ini mahu kontraknya berakhir begitu sahaja di Old Trafford.

Juventus dilaporkan cukup berminat untuk menandatangani kembali khidmat Pogba dan bersedia untuk menawarkan penyerang veteran dari Portugal, Cristiano Ronaldo dengan pertukaran ‘suka sama suka’ pada jendela perpindahan ketika ini.

Namun, Juventus dan Pogba dipercayai sudah sepakat untuk hanya melakukan perbincangan pada Januari depan dan situasi tersebut ternyata memberi tamparan hebat buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.

Solskjaer sememangnya menagih khidmat Pogba selepas memberi impak besar buat pasukan muncul menduduki tempat kedua EPL musim lepas selain bergelar naib juara saingan Liga Europa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI