fbpx

Pengedar pil kuda dicekup di lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda, wang tunai dan barangan yang dirampas dua anggota trafik di lampu isyarat Batu 4, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kota Bharu semalam. -Foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah dan merampas 199 biji pil kuda di lampu isyarat Batu 4, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini semalam.

Suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan oleh dua anggota polis trafik kira-kira pukul 6.45 petang selepas nombor pendaftaran belakang motosikal jenis Yamaha 15ZR yang ditunggangnya didapati tidak mengikut peraturan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sewaktu suspek ditahan, anggota polis telah menjalankan pemeriksaan pada tubuh badan suspek dan menjumpai 199 biji pil kuda bersamanya.

Katanya, polis turut menemui dadah jenis erimin 5, psikotropik dan wang tunai sebanyak RM5,400.

“Selepas membuat semakan, lelaki terbabit turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Benzo iaitu sejenis ubat penenang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI