fbpx

Penduduk Taiping boleh ‘walk-in’ daftar vaksinasi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Taiping boleh mendaftarkan nama mereka menerusi Program Outreach Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bandar Taiping di beberapa lokasi esok. – Gambar hiasan

TAIPING – Penduduk yang masih belum menerima vaksinasi kini boleh mendaftarkan nama mereka menerusi Program Outreach Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bandar Taiping di beberapa lokasi esok bertujuan membantu komuniti supaya urusan pendaftaran vaksin dipermudahkan.

Inisiatif tersebut dijalankan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama ini bagi memastikan penerimaan vaksin berjalan dengan lebih cepat.

Pejabat Pegawai Daerah Larut Matang Selama dalam satu kenyataan memberitahu, orang ramai yang masih belum mendaftar vaksinasi Covid-19 menerusi MySejahtera atau laman web vaksincovid.gov.my boleh datang ke lokasi ditentukan untuk mendapatkan bantuan pendaftaran suntikan vaksin.

Menurut kenyataan itu, program esok bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang dan berjalan serentak melibatkan 13 buah masjid serta surau, dewan orang ramai MPT (sembilan), pejabat Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (empat).

Senarai lokasi walk ini vaksin

“Antaranya ialah Masjid Kurnia Jaya dan Masjid Jamek Kamunting di Kamunting, Surau Nurul Ikhwan (Taman Desa Jaya), Surau Al-Ridzuaniah (Rumah Awam Batu 4), Surau Al-Firdaus (Taman Sentosa) dan Surau Nurul Huda (Aulong Lama).

“Lokasi lain ialah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping dan masing-masing Pusat Khidmat ADUN Pokok Assam, Kamunting dan Aulong,” ujar kenyataan tersebut.

Pendaftaran bagi program ini adalah terbuka kepada individu yang berumur 12 tahun ke atas manakala wakil isi rumah juga boleh mendaftar bagi pihak penghuni lain dengan hanya membawa bersama kad pengenalan pemohon.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI