fbpx

Kehadiran penjawat awam ditambah, optimumkan perkhidmatan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam dalam fasa satu, dua, tiga dan empat Pelan Pemulihan Negara (PPN)  ditingkatkan berkuat kuasa 26 Julai depan berdasarkan kepada perkembangan positif kadar vaksinasi negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, bagi mengoptimumkan perkhidmatan kerajaan, ketua jabatan perlu menentukan kehadiran pegawai yang diperlukan di pejabat seperti ketetapan yang telah dibuat.

Beliau berkata, operasi pejabat kerajaan masih dilaksanakan secara hibrid dengan sebahagian penjawat awam bekerja di pejabat dan bekerja dari rumah (BDR) di mana dalam fasa satu, 40 peratus bekerja di pejabat manakala 60 peratus lagi BDR.

Menurutnya, dalam fasa dua, kehadiran kakitangan kerajaan di pejabat tidak melebihi 60 peratus manakala 40 peratus lagi BDR.

“Kehadiran kakitangan kerajaan di pejabat bagi fasa tiga pula adalah tidak melebihi 80 peratus manakala 20 peratus lagi BDR.

“Di fasa empat, kehadiran ke pejabat adalah 100 peratus dan kebenaran BDR diberikan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Mohd. Zuki berkata, kehadiran pekerja di pejabat dan BDR bagaimanapun tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan seperti keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

Berhubung prosedur operasi standard (SOP) mesyuarat dalam fasa satu dan dua PPN, Mohd. Zuki berkata, semua mesyuarat dan perbincangan perlu dilaksanakan secara dalam talian melalui medium selamat dan terjamin kerahsiaan.

“Mesyuarat secara hibrid (fizikal dan online) dibenarkan dalam fasa tiga PPN dengan kapasiti 50 peratus bilik mesyuarat.

“Dalam fasa empat PPN, mesyuarat dibenarkan secara fizikal sepenuhnya namun digalakkan mesyuarat secara online dan hibrid,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan ketua jabatan untuk memastikan semua SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah penularan wabak Covid-19 di pejabat masing-masing.  -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI