fbpx

Ibu pelakon Ozlynn Wati meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZLYNN WATI kehilangan ibunya, Allahyarham Rozidah Jumaripada Hari Raya Aidiladha semalam.

PETALING JAYA – Sambutan Hari Raya Aidiladha semalam menjadi detik suram buat pelakon Ozlynn Wati apabila kehilangan ibu tercinta.

Berita duka tersebut dikongsikan sendiri Ozlynn menerusi Instagram sambil memuat naik beberapa keping gambar kenangan bersama Allahyarham ibunya.

Dalam hantaran berkenaan, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan itu berdoa agar ibunya, Allahyarham Rozidah Jumari pergi dalam keadaan husnul khatimah.

“Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengannya, harap diampunkan dosa-dosa ibunda kami. Jika ada yang berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifatnya.

“Tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian, sila hubungi kami,” katanya.

Ozlynn yang memuat naik gambar beramai-ramai bersama keluarganya bagaimanapun menjelaskan foto berkenaan diambil pada awal Ramadan lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Gambar bahagia ini diambil pada awal Ramadan tahun ini sebelum PKP dan pastinya bukan gambar terakhir ibunda berjemaah dengan kami.

“Ya Allah, kami reda atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah dia di sisi hamba-Mu yang beriman. Terima kasih kepada semua yang tak henti-henti telefon dan mesej doakan, ada yang tak kenal pun. Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar,” tulisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI