fbpx

Ibadah korban tidak meletihkan, lancar dalam SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaksanaan ibadah korban di Taman Guru berjalan lancar walaupun dengan petugas terhad dan SOP yang ketat. Foto Shaikh Ahmad Razif

KUANTAN – Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuklah jumlah petugas korban yang terhad tidak menghalang kelancaran ibadah korban yang dilaksanakan dalam suasana pandemik Covid-19 di Taman Guru di sini.

Malah dengan pelbagai SOP dan tanpa kehadiran orang yang ramai menyaksikan ibadah korban yang dilaksanakan secara berperingkat di pusat penyembelihan di taman berkenaan begitu teratur.

Pengurus Operasi Korban Taman Guru, Suriadi Abdul Jalal berkata, hanya 10 orang yang dilakukan ujian saringan dibenarkan terlibat dalam kerja-kerja ibadah korban yang dilaksanakan secara berperingkat melibatkan 15 ekor lembu.

“Tahun lepas sebanyak 18 ekor lembu korban disembelih dalam masa satu pagi namun kali ini 15 ekor lembu ini disembelih dalam dua hari iaitu 10 ekor semalam dan lima ekor lagi pada hari ini.

“Walaupun petugas yang sedikit, tanpa orang yang ramai ia tidak meletihkan kerana dilakukan secara berperingkat dan dalam keadaan yang rilek,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Suriadi, pelaksanaan ibadah korban berkenaan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa termasuklah veterinar yang datang memantau kawasan penyembelihan di taman berkenaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI