fbpx

Biar kita sendiri saja tahu – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti memilih untuk tidak berkongsi mengenai dirinya yang sudah menerima suntikan vaksin sebelum ini.

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza punya alasan tersendiri untuk tidak berkongsi mengenai dirinya yang sudah menerima suntikan vaksin sebelum ini.

Menerusi sesi live (siaran langsung) dalam Instagramnya, Siti memberitahu dia tidak membuat sebarang perkongsian dalam media sosial kerana mahu menjaga sensitiviti ramai pihak.

“Saya dah vaksin, saja je saya tak letak sebab kadang-kadang kalau kita letak orang cakap, tak letak pun orang cakap kan. Jadi biar sajalah kita tahu dan kita sendiri tahu.

“Mana yang tahu tu, tahu je lah. Kalau nak juga gambar nanti saya postlah (buat hantaran),” katanya.

Menurut pelantun lagu Anta Permana itu, dia akan berkongsi mengenai perkara berkenan dalam media sosial jika dirasakan benar-benar perlu.

“Saya rasa terlalu ramai orang sensitif sekarang ni, ada benda tak perlu. Kalau saya nak letak, saya letaklah,” ujarnya lagi.

Pada hantaran sama, Siti turut merayu orang ramai agar mendapatkan suntikan vaksin untuk diri sendiri dan juga orang tersayang bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Semua jaga diri dan kesihatan, jangan keluar kalau tak perlu ke mana-mana. Jangan lupa ambil vaksin tau,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu dia bakal memaklumkan tarikh persembahan maya seperti mana yang diminta peminat dalam sesi live berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI