fbpx

Bekas menteri didakwa pecah amanah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri akan didakwa di mahkamah esok berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang membabitkan wang peruntukan sebuah parti politik.

Menurut sumber, bekas menteri yang juga Ahli Parlimen itu dijangka berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah.

“Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi esok,” katanya.

Tambah sumber lagi, bekas menteri itu juga dijangka akan turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

“Siasatan ke atas Ahli Parlimen ini telah dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

“Ahli Parlimen itu sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI