fbpx

Azizulhasni yakin kemampuan WX-R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI menunjukkan basikal WX-R yang akan digunakan untuk bersaing pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun nanti. - ISN

PELUMBA handalan negara, Datuk Azizulhasni Awang percaya basikal WX-R yang akan digunakan menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun nanti akan memberikan kelebihan kepadanya untuk terus memecut laju.

Semalam, Azizulhasni telah mendedahkan basikal versi akhir model WX-R Vorteq yang akan menjadi senjata utamanya pada saingan acara keirin dan trek yang akan diadakan di Izu Velodrome nanti.

Azizulhasni yang memenangi pingat gangsa acara keirin pada Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bagaimanapun menjelaskan, tidak banyak perbezaan antara versi akhir dengan yang lama sebelum ini.

“Sebenarnya dari segi rangka yang digunakan dalam latihan (versi lama) dan yang akan dibawa ke Olimpik adalah sama. Cuma versi terakhir mungkin berbeza dari segi warna dan kualiti lebih mantap” katanya.

Raja Keirin 2017 itu semalam mendedahkan wajah sebenar basikal baharunya di Instagram miliknya dan menerusi video berdurasi 12 saat itu menunjukkan basikal tersebut berwarna hitam dan perak.

Basikal itu dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang ada kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik.

Kerjasama tersebut dijalankan sejak empat tahun lalu dengan menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba. Azizulhasni dan seorang lagi wakil negara ke Olimpik, Shah Firdaus Sahrom akan berlepas ke Tokyo pada Ahad ini.

Pelaburan besar tersebut dilakukan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd sejak empat tahun lalu itu menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba.

Kos sebuah basikal itu dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk kos R&D.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI